
Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang, ACP Anuar Osman
berkata pihaknya menerima maklumat mengenai perhimpunan yang dikatakan dirancang
penyokong kumpulan anti-Lynas.
"Setakat ini pihak polis belum menerima sebarang permohonan untuk permit
bagi perhimpunan tersebut.
"Sehubungan itu polis menasihatkan agar orang ramai tidak menyertainya
berikutan terdapat kebimbangan perhimpunan itu akan menimbulkan suasana tegang
dalam kalangan peserta," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Anuar juga memberi amaran kepada yang berkenaan, terutama pengamal media
sosial agar tidak mengulang siar dakwaan kononnya berlaku gangguan bekalan
elektrik di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah,
Bentong, Ahad lalu.
"Pihak polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap blogger
yang terlibat dan akan bekerjasama dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan
Multimedia (Malaysia) bagi mengesan blogger atau individu yang terlibat jika
kenyataan tersebut diulang siar," katanya.
Semalam, Tenaga Nasional Berhad menafikan berlaku gangguan bekalan elektrik
di pusat penjumlahan undi ketika pilihan raya umum ke-13 kelmarin.
No comments:
Post a Comment