Tuesday, 7 May 2013

#AnalisisPRU13 ; Cina Bukan Penentu Ekonomi Malaysia ! Part 1



Kemenangan Barisan Nasional dalam PRU13 merupakan satu rahmat yang sangat hebat. Ini adalah kerana Kerajaan Barisan Nasional menjamin keamanan, kestabilan, perpaduan dan kemajuan negara melalui transformasi yang dibawa oleh DS Najib. 

Para pelabur telah menerima kemenangan Barisan Nasional dengan cara yang cukup positif apabila FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan hari ini dengan mencatatkan rekod ketinggian pada 1,776.73, setelah meningkat 24.71 mata atau 1.41 peratus daripada 1,752.02 pada penutupan dagangan semalam.

Pasaran telah disokong oleh belian cergas keseluruhannya dan sentimen pasaran serantau yang baik. Indeks utama itu berlegar di antara 1,756.95 dan 1,776.73 sepanjang hari dagangan ini dengan saham untung mengatasi saham rugi dengan jumlah 717 berbanding 153, manakala 224 tidak berubah, 513 tidak diniagakan dan 27 digantung urus niaga.

Tambahan pula jumlah dagangan telah melonjak kepada 2.3 juta saham bernilai RM4.06 juta daripada 1.911 bilion saham bernilai RM4.99 bilion semalam.

Saham berwajaran tinggi adalah tiga saham terunggul dalam senarai saham cergas dengan CIMB, UEM Land dan Maybank menambah 30 sen, masing-masing kepada RM8.65, RM3.28 dan RM10.28.

Bursa Asia Tenggara turut meningkat bagi hari kedua berturut-turut apabila berita baik dari Eropah dan Australia memperkukuh sentimen pasaran.

Di papan skor, Indeks Kewangan melonjak 376.25 mata kepada 16,858.86, Indeks Perladangan melompat 69.35 mata kepada 8,199.21 dan Indeks Perusahaan naik 19.22 mata kepada 2,917.66

Sesungguh para pelabur tidak akan berminat melabur di negara yang diperintah oleh diktator dan komunis. 

Mereka mahukan negara yang aman, stabil dan mampu maju bagi memastikan pelaburan mereka selamat dan menguntungkan. 

Barisan Nasional mampu menarik pelabur yang ramai untuk menjana ekonomi negara. Syabas para pejuang Barisan Nasional. Anda memang hebat.

No comments:

Post a Comment