Thursday, 16 May 2013

Anwar Akan Hantar Laporan Pengundi Hantu Untuk Penilaian Obama ?!!



Inilah bukti pengundi hantu (Gambar) yang mengundi di Selangor, Penang dan Kelantan pada PRU13, 5 Mei lalu. Bukti ini akan diserahkan Anwar dan Pakatan Rakyat (PR) kepada Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama.

Ketua umum PKR, Anwar Ibrahim berkata,  PR mahu kuasa besar itu menjawab mengenai kemenangan BN yang didakwanya turut disumbangkan oleh pengundi bukan warganegara walaupun Anwar tahu China Doll di Malaysia tidak mengundi MCA.

"Saya nak beritahu kepada Amerika bahawa kita akan mengemukakan bukti penipuan itu dan menunggu apa  reaksi beliau berhubung kemenangan BN dalam PRU13 lalu, kecuali Selangor, Penang dan Kelantan sebab kami menang majoriti besar sangat, mana ada tipu?" katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Himpunan 'Black 505' di sini malam kelmarin bagi mengulas laporan bahawa Obama menelefon Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri atas kejayaan beliau mendapat mandat untuk terus menerajui Malaysia.

Dalam ucapan beliau itu, Anwar terus mengulangi pendiriannya membidas SPR yang didakwanya 'menipu' dengan menerima undi bukan warganegara Malaysia. Anwar juga mendakwa SPR menipu dengan mencalit 'water colour' pada jari pengundi dan bukannya dakwat kekal.

"Sebab itu, saya  nak selamatkan negara ini dan pertama sekali yang perlu undur ialah Pengerusi SPR. Telah banyak negara luar saya selamatkan seperti Iraq, Mesir, Syria, Lebanon, Sudan dan banyak lagi." katanya.

Himpunan Tolak Penipuan PRU 13 (Black 505) kali ke empat itu menyaksikan pengunjung berpakaian hitam memenuhi perkarangan Pejabat PKR Pahang, Jalan Beserah, di sini. Warna hitam digunakan sempena penghargaan kepada kulit Ambiga.

Walaupun lokasi perhimpunan itu terpaksa ditukar pada saat-saat akhir, kehadiran penyokong memenuhi kawasan itu menggambarkan kebangkitan rakyat terutama golongan muda untuk  melawan penipuan pilihan raya lalu. Peniaga burger dan air sangat berterima kasih pada mereka.

Himpunan itu asalnya dijadualkan berlangsung di Padang Bola Mahkota Aman, Jalan Gambang, namun terpaksa ditukar di saat akhir atas faktor keselamatan dan arahan polis serta Majlis Perbandaran Kuantan yang tidak membenarkan perhimpunan di situ.

Program yang bermula kira-kira jam 9 malam itu menampilkan beberapa pemimpin PR termasuk Adun Semambu, Lee Chean Chun, Adun Teruntum, Sim Chong Siang, Ahli Jawatankuasa Wanita PKR, Felicia Ling, Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Serikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail menyampaikan ceramah masing-masing.

Diikuti Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Rahman, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dan diakhiri Anwar  Ibrahim.

Puisi bertajuk 'Ibu Segala Tipu' (Anwar) disampaikan Sasterawan Rakyat, Datuk A Samad Said menyebabkan hadirin terdiam seketika.

Himpunan dipengerusikan Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul itu berjaya memperoleh kutipan derma orang ramai  kira-kira  RM13,000 dengan hampir 73 tin Milo digunakan. (27 tin Milo hilang)

No comments:

Post a Comment