
Lajnah Tatatertib Pas menasihatkan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali supaya membuat laporan polis terhadap penyebaran video seks yang didakwa telah menjatuhkan maruah pemimpin tersebut.
Pengerusi Lajnah, Datuk Wan Mutalib Embong berkata, pihaknya hanya boleh memainkan peranan dalam isu video seks itu sekiranya menerima aduan atau laporan polis daripada individu yang terbabit.
Katanya, Mustafa perlu segera membuat laporan polis bagi membolehkan tindakan seterusnya terutama dari sudut perundangan diambil.
"Beliau (Mustafa) perlu buat laporan polis supaya siasatan dapat dijalankan, ini pandangan sayalah. Beliau boleh buat laporan polis antaranya kerana dakwaan terhadapnya telah menjatuhkan maruahnya.
"Ikut perundangan dan tatatertib, kalau beliau mendapati telah difitnah, beliau boleh ambil tindakan undang-undang," katanya ketika dihubungi di sini hari ini...selanjutnya baca d SINI
No comments:
Post a Comment