“Laporan polis yang dibuat ini memberi peluang kepada Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menahan dan mendakwa Mahathir atas dakwaan hasutan dan fitnah jenayah sebelum saya mengarahkan peguam meneruskan prosedur undang-undang,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Kit Siang juga mendakwa beliau telah memberi dua peluang kepada Mahathir supaya menarik balik dan memohon maaf berikutan penulisan tersebut sebelum ini tetapi bekas Perdana Menteri itu tidak berbuat demikian.
Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa parti itu telah membuat laporan polis ke atas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di ibu negara pagi ini.
Beliau mendakwa laporan polis berhubung tulisan Mahathir bertajuk ‘Gelang Patah’ di laman blog www.chedet.cc baru-baru ini dibuat oleh pemimpin DAP Segambut, Lim Lip Eng.
Dakwa beliau, penulisan itu merupakan satu bentuk serangan yang dilakukan secara tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan mahu memusnahkan reputasinya.
Beliau mendakwa, Mahathir dalam penulisan itu antara lain mendakwa tujuan beliau bertanding di Gelang Patah, Johor pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) untuk mewujudkan konfrontasi yang tidak sihat antara kaum Melayu dan Cina di situ.
Mahathir semalam bagaimanapun melahirkan rasa hairan mengapa beliau dilabelkan sebagai rasis apabila bercakap terbuka mengenai kepentingan semua kaum di negara ini sehingga wujud desakan daripada pemimpin pembangkang supaya dikenakan tindakan undang-undang ke atasnya.
Bekas Perdana Menteri itu dipetik sebagai berkata, tindakan undang-undang tersebut sepatutnya dikenakan ke atas DAP dan Kit Siang yang memperkenalkan konsep Malaysian Malaysia sebagai asas perjuangan parti itu.
“Apabila Kit Siang kata Malaysian Malaysia, dia rasis. Dia hendak orang Melayu tidak mendapat apa langsung pasal orang Melayu tidak boleh berlumba dengan dia, semuanya hendak diberi kepada orang Cina. Itu rasis,” jelas Mahathir.

No comments:
Post a Comment